Friday, October 31, 2008

Perjuangan Kehidupan :)

Setiap manusia ada perjuangannya sendiri.Setiap manusia juga ada kelemahan dan kehebatan.Ada manusia yang masih menyembunyikan kelemahannya.Dan masih ada juga manusia yang suka menunjukkan kehebatannya yang tidak seberapa.Bagi manusia yang sedang menyembunyikan kelemahannya ,mungkin itu yang kamu perjuangkan.Setiap manusia haruslah berusaha untuk memenangi segala perjuangan yang akan dan ingin di hadapi.Kehidupan ini bagaikan roda kata yasmin ,dan ianya betul.Kehidupan kita selalu ke atas dan ke bawah.Dan mungkin salah satu daripada kita masih berjuang untuk sentiasa di atas.Tetapi inilah kehidupan ,kita tidak perlu mempalsukan kehidupan kita untuk gembira.Jadilah diri kita yang sebenar.Hidup dalam penipuan ini adalah susah dan sepi.Banyak yang percaya pada penipuan.Dan akhirnya mereka sedar.Mungkin perjuangan mereka adalah untuk menghapuskan penipuan.Dan hidup dalam kenyataan dan kebenaran.Ada juga yang berjuang untuk mendapatkan kembali kawan mereka.Dan aku adalah salah seorang darinya.Aku akan tetap berusaha dan terus ke depan.Itu yang aku perjuangkan.Aku ingin menunjukkan kelemahan dan menyembunyikan kehebatan kerana ia hanya membawa perbalahan.Siapa yang berkuasa itu tidak penting kerana ada yang lebih berkuasa dari kita.Itu yang saya perjuangkan :)

2 commentdekatsini:

Anonymous said...

ya betul!
anyway,cantik gler gmbr kat atas blog awk.wow!urm..boleh g tau camne?:p

Qistina said...

i agree with you nin.

totally true :))